Thursday, December 31, 2009

Memori Semalam

Kali ni nak kongsi memori keletah Julia...Bukan apa..dulu x kisah nak berblogging ni..semuanya simpan dekat website yg x boleh kawan2 nak kongsi...so kali ni sambil2 meluangkan masa..apakata kiranya kawan2 sudi melihat-lihat telatah Julia sebelum dia mencapai umur 10 tahun dulu....hihihi.....

umur Julia 5 tahun waktu ni

Dari kecik memang aktif Julia ni

Ni la akibat masa mengandung suka mandi kolam...anak-anakku pun dah menurun...hihihi

Wednesday, December 30, 2009

Bebas....

Tak ada citer menarik pun...saje nak memenuhi entry.. Semalam rasa seronok pula dapat makan2 di luar dgn geng2 Tingkat 22....di Tingkat 21, kawanku Siti pun ku ajak juga..mana boleh tinggal kawanku sorang tu.....huhuhu..... Agak lewat juga kami masuk lepas lunch..yg menjadi tajuk Bebas tu sebab sekarang aku tidak merasa risau jikalau masuk lewat sekali sekali...kerana tidak ada mata memantau.....hihihi...buat masa ni la......kerana aku sekarang ni 'bahagian baru'......... So buat kawan2 ku....terima kasih kerana menemani daku lunch thari semalam.....kerana sebelum2 ni.....masa lunch banyak habis untuk hal peribadiku.....

Monday, December 28, 2009

Kawan Tidur..

Makin membesar anak perempuan ku sorang nih ..Julia..tapi makin besar makin x berani pulak bab tido sorang2..Adalah sekali sekala tido bilik sendiri yang telah aku dan suamiku berhias sederhana untuknya..Tapi banyak tido di bilik kami drp tido bilik sendiri..hmm..anak perempuan sorang la katakan.. Suatu hari aku terfikir untuk membeli Teddy Bear besar untuknya....mungkin bila dia bawa tido Bear tu akan terasa seperti selesa berbanding tido sorang2 atas katil....Alhamdulillah...strategiku menjadi...walaupun sebelum tido...aku dan suamiku bergilir-gilir menemankan Julia tido sehingga dia lena, baru kami beredar. Dah 3 bulan sebenarnya Teddy Bear tu kami beli..tengoklah gambar di bawah...sampai jadi cam tu dah Teddy Bear..terlentuk..n dah lembik sana sini..hihihi.. Pinky..nickname Teddy Bear Julia..

Wednesday, December 23, 2009

Makan??

Malam tadi penat sangat rasa..mungkin terlampau letih kerja..nak makan luar pun..x larat nak keluar..Dalam penat2 tu...tiba2 hpku berdering.."Mak call," detikku. Ibu tersayang call suruh datang ambil Spagetti.....eeee...seronoknya mak masakkan makanan kegemaranku...apa lagi....terpaksa la minta tolong suamiku pergi mengambilnya... so ni la rupa Spagetti ringkas yg kami sekeluarga nikmati

Tuesday, December 15, 2009

Weekend shopping!

cambiasa..sebelum ke mana2 bhg lain..Julia n Sofea mesti nak ke bhg Children's IKEA dahulu... cukup ke muffin tu satu jer..
Hari Sabru lepas, selepas join hi-tea di rumah Tok Cik area Mutiara Damansara ..kami pun singgah di IKEA untuk menjengok bhb. Home Organisation..emmm jengok2 pun ...berbelanja juga akhirnya...Disebabkan minggu depan (14 - 20 Dis. 09) kami akan outstation ke merata tempat...so peluang ni lah kami borong habis habisan...hihihi...(mcm la hr lain x leh dtg lagi)
alamak! tergigit jari pulak

Friday, December 4, 2009

Aktiviti Lipat Melipat Malam tadi pening kepala nak pikir camne nak mulakan melipat kain2 yang dah seminggu menggunung...emmm....Entah macam mana...lepas makan malam, Julia terus pungut baju2 dia sahaja untuk dilipat...hihi. Alhamdulillah..sejuk perut mengandung...rajin tanpa disuruh. Semoga anakku sentiasa rela menolong aktiviti2 melipat kain ni...lipat baju2 sendiri pun jadi ler. Mula2 macam ni kan ibu! Senang je ni..

Dah pun siaaaappppp..yeeeaaaaa!!!

Thursday, December 3, 2009

Permulaan

Dah belajar sikit2 ilmu blog daripada mama zarin ..tq tq..hihihi..faham dah. Ada masa boleh explore n letak gambar2 nanti.