Monday, May 31, 2010

Glamorous

"Mak Su...jangan lupa pakai baju merah tau...Syikin nak family kita merah menyala kat majlis nanti...hehehe".
Itulah yg selalu diingatkan oleh anak sedara suamiku Syikin (anak pertama dr. 2 beradik) yang telah selamat melangsungkan Hari Pertunangan 29 Mei 2010. Gambar2 ni aku yg saje2 ambil....walaupun memang dah ada jurugambar yg telah dilantik. Satu pun tiada gambar aku..huhuhu....tu la....suka sangat ambil gambar orang...tapi x pe....gambar aku banyak ada dekat adik jurugambar profesional.....hehehe...gerenti OK. Cuaca hari tu memang menyebelahi kami...sangat baik...dapat la majlis berlangsung dgn jayanya. JOM LAYAN.....
Saat menunggu detik2 penuh glamour
Dengan adik kesayangannya
suasana di luar...tema merah putih..
rombongan telah tiba...saat berbincang..
tu diaaa.....bersimpuh ayu...
detik disarungkan cincin pertunangan oleh bakal mak mertua
org lain sibuk2 makan kat luar....dia ambil kesempatan berposing yeeee.....
amboi-amboi.........
ish....x sempat klik.....tema merah lagi.....
posing di luar pula.....

Wednesday, May 26, 2010

Selamat Bertunang!

Adik beradik belah suamiku 8 orang semuanya. Aku x berapa rapat sangat dgn kakak atau abg iparku walaupun duduk dekat2. Ntah...sebab aku x pandai bergaul kot...cuma bertegur sapa bila perlu je. Yang paling aku rapat ialah dgn ipar duai suamiku (isteri2 abg suamiku). Kami bertiga memang kamcing....hehehe.....(kak Liza dan kak Piah). Kalau buat makan2...bila berkumpul kami bertiga ni....memang macam nak pecah rumah riuh dgn gelak ketawa kami termasuk anak-anak kak Piah yg dah dewasa dan remaja (Syikin dan Iqah).

Entry kali ni nak citer pasal Syikin la ni....anak buah yang ku sayang...sayang sebab dia tau cara menghormati aku sebagai Mak Su (gelaran tu sebab suamiku yg bongsu sekali). Tanggal 29 Mei 2010 ni adalah hari bersejarahnya iaitu akan melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihannya...Wan (panggilan biasa). Bukan apa....yg seronok nak dikongsikan di sini ialah aku dapat bersama-sama membantu apa yg patut untuk kenduri mereka. Walaupun sumbangannya x seberapa...aku berasa puas sangat-sangat krn dgn cara ini hubungan kami menjadi lebih erat lagi. Buat Syikin.....mak su ucapkan semoga kebaikan sentiasa menyebelahimu.

amboi..amboi...kita suruh fitting ..siap posing2 cara duduk untuk majlis pertunangan nanti pulak dia

kita ambik contoh ruang ni ye....terima kasih tuan kedai..:) sempat lagi suruh Julia posing jap ketika sesi berbincang tentang kos make up, pakaian dan katering dgn tuan kedai pengantin

Tuesday, May 25, 2010

Reunion SAP Holding Berhad

Tahun 1994 adalah tahun permulaan ku melangkah ke ofis Shah Alam Properties Berhad...yg terletak di Bandar Baru Selayang (BBS).....kemudian telah ditukar nama ke SAP Holding Berhad....yg terbaru Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) yg telah berpindah ke Shah Alam. Diam x diam..8 tahun aku bekerja di sana. Macam-macam pengalaman manis selama bekerja di sana...sampai seronok datang kerja dr ambik cuti....hehehe...

Semasa bekerja di sana la anak-anakku Amir Syafiq dan Julia dibesarkan di Taska Sri Alam yg dikendalikan oleh syarikat tempat ku bekerja. Memang tiada masalah untuk ku bekerja waktu tu walaupun punyai anak-anak kecil. Anak-anak di taska itu dijaga dengan pengasuh dan guru-guru yg berpengalaman sangat bagus. SYABAS! untuk mereka (ikhlas puji tu tau).

Alhamdulillah....walaupun waktu tu banyak sangat terdengar keluhan dr. ibu2 lain tentang masalah di taska anak-anak mereka....tetapi Taska Sri Alam tidak pernah menyusahkan ku dan anak-anak.

Bulan lepas...bagi mengeratkan lagi silatulrahim anak-anak bekas Taska Sri Alam serta pertemuan staf XSAP Holdings Berhad....rakan ku telah mengelolakan Reunion bertempat di Taman Tasik Perdana. Seronok dapat berjumpa kawan2 lama. Oleh kerana dah lama x jumpa....aku sibuk berborak dan makan2 je sampai lupa nak posing....cuma sempat ambil gambar anak-anak SAP yg telah dibesarkan di Taska Sri Alam ...cuma sedikit je aku bergambar dgn kawan2 itu pun camera member dan telah di tag di Facebook....emm ok la tu.

duduk bawah kanan sekali tu bukan kategori anak ye....tu sebab baby dia kecik lagi...hehehe

julia berdiri no 2 dr kanan.

Wednesday, May 19, 2010

Gohtong!!

"Nak ikut family Rafie gi Gohtong?" itu la pertanyaan suamiku apabila melihat aku telah resah gelisah di rumah kawannya sempena majlis makan2 (gelisah sebab panas terik sangat masa tu...huhuhu....kalau x berbedak pun rasa cam nak cair kulit). eee...buat2 tanye lak...dah tau cik isteri dia ni suka berjalan...hihihi. "Nak la" pantas ku menjawab. "Gohtong yg kat Genting tu kan?" tanyaku. "Ye la sayang" (bukan apa.....panas2 terik ni memang best gi tempat2 sejuk). Lagi pun dah lama kami x keluar ramai2 dgn kawan rapat suamiku. Julia, Syafiq dan Sofea bersorak bila kami bagi tau nak p jalan2 kat Strawberry Park. Sama macam kt Cameron Highland...beli n petik sendiri. Perjalanan dr Gombak ke Genting Highland cuma 20 minit je. Apa lagi....perut dah kenyang...jom jalan2!!!
aik..mana Julia...nyorok ke
kedai2 area Strawberry Park
singgah Taman Bunga dulu..
sempat posing depan kaktus comel
Taman sayur-sayuran..sambil tunggu uncle Rafie beli baja
Jom la petik strawberry.....kat sebelah tuuuu je