Monday, May 31, 2010
Glamorous
Wednesday, May 26, 2010
Selamat Bertunang!
Entry kali ni nak citer pasal Syikin la ni....anak buah yang ku sayang...sayang sebab dia tau cara menghormati aku sebagai Mak Su (gelaran tu sebab suamiku yg bongsu sekali). Tanggal 29 Mei 2010 ni adalah hari bersejarahnya iaitu akan melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihannya...Wan (panggilan biasa). Bukan apa....yg seronok nak dikongsikan di sini ialah aku dapat bersama-sama membantu apa yg patut untuk kenduri mereka. Walaupun sumbangannya x seberapa...aku berasa puas sangat-sangat krn dgn cara ini hubungan kami menjadi lebih erat lagi. Buat Syikin.....mak su ucapkan semoga kebaikan sentiasa menyebelahimu.
amboi..amboi...kita suruh fitting ..siap posing2 cara duduk untuk majlis pertunangan nanti pulak dia
Tuesday, May 25, 2010
Reunion SAP Holding Berhad
Semasa bekerja di sana la anak-anakku Amir Syafiq dan Julia dibesarkan di Taska Sri Alam yg dikendalikan oleh syarikat tempat ku bekerja. Memang tiada masalah untuk ku bekerja waktu tu walaupun punyai anak-anak kecil. Anak-anak di taska itu dijaga dengan pengasuh dan guru-guru yg berpengalaman sangat bagus. SYABAS! untuk mereka (ikhlas puji tu tau).
Alhamdulillah....walaupun waktu tu banyak sangat terdengar keluhan dr. ibu2 lain tentang masalah di taska anak-anak mereka....tetapi Taska Sri Alam tidak pernah menyusahkan ku dan anak-anak.
Bulan lepas...bagi mengeratkan lagi silatulrahim anak-anak bekas Taska Sri Alam serta pertemuan staf XSAP Holdings Berhad....rakan ku telah mengelolakan Reunion bertempat di Taman Tasik Perdana. Seronok dapat berjumpa kawan2 lama. Oleh kerana dah lama x jumpa....aku sibuk berborak dan makan2 je sampai lupa nak posing....cuma sempat ambil gambar anak-anak SAP yg telah dibesarkan di Taska Sri Alam ...cuma sedikit je aku bergambar dgn kawan2 itu pun camera member dan telah di tag di Facebook....emm ok la tu.
duduk bawah kanan sekali tu bukan kategori anak ye....tu sebab baby dia kecik lagi...hehehe