Thursday, February 25, 2010

Mandi-manda

Yeeepiiiii!!!! Mandi sungai!!! Itu la sorakan anak-anakku apabila Mak Lang mereka suggest pergi mandi-manda di Sungai Congkak pada cuti Hari Raya Cina yang lepas. Suamiku keberatan untuk pergi kerana... "Jem la yang," katanya. Anak-anakku tidak membantah apabila ayahnya dah bagi statement macam tu padaku. Hatiku melonjak nak pergi sebenarnya walaupun kureng sikit mandi-manda di sungai sekarang...hihi..bukan apa..malas nak beramai2 beratur masuk bilik mandi untuk bilas dan salin baju. Cukup la sekadar menemani Julia untuk membilas. Aku dan kakak iparku faham akan perasaan anak-anak kami kalau sesuatu plan tu tak jadi. Ntah macam mana suamiku akhirnya setuju untuk pergi walaupun bibirnya tetap tak berhenti-henti kata jalan mesti jem, itu pun setelah kakak iparku x henti2 dok ajak juga untuk ke sana...hihi...dengan alasan musim2 panas ni best mandi kat sungai. Akhirnya ..sampai juga kami ke sana. Memang JEM!!...tensionnya...Kami terpaksa parking jauh sikit dan berjalan kaki beramai-ramai ke dalam. Ada la dalam 10 minit berjalan kaki. Bila masuk kawasan perkelahan...jenuh tercari-cari tempat...ramainya orang..tapi kami dapat juga tempat yang kebetulan ada satu keluarga sudi kongsi kawasan lapangnya untuk kami membentang tikar. Dalam 15 minit lepas tu keluarga berkenanan pun berkemas balik..dapat la kami jajah kawasan besar tu untuk berkelah..hihihi...siap ada kerusi meja lagi. Mari layan aksi2 kami sewaktu perkelahan ni ye...
Syafiq dah salin baju....kejap je dia mandi...sejuk katanya.
Keretapi syampoo.....kakak iparku melayan puteri2
kena geletek dgn Sofea ke Julia?
time 4 syampoo....

Thursday, February 18, 2010

Layang2 x terputus talinya!

Layang-layang....hmm...baru pertama kali kami membawa anak2 bermain layang-layang. Sebelum ni anak2ku hanya melihat sahaja tapi kali ni mereka tidak melepaskan peluang yg diberi oleh suamiku untuk bermain layang-layang sepuas hati mereka. Kami memang dah lama tau di tepi highway area Kepong ada satu tempat untuk bermain layang2. Memang dekat area tu kalau tengok, penuh layang2 di langit. Ramai juga di kalangan mereka beriadah bersama keluarga sambil bermain layang2. Hiruk pikuk juga la suasana kat sana....memang happening dengan gelak ketawa sesama mereka dengan gelagat masing2 bila layang2 dapat di naikkan. Tengok saje gelagat Julia dan Sofea, anakku Syafiq malu2 untuk bermain, hanya jadi pemerhati je....mmmm...Syafiq.....Syafiq.. cewah...jaga2 cik Julia..terbelit dgn layang2 orang lain karang..

masing-masing menunjukkan skil tersendiri

duduk pun ok juga..