Wednesday, February 23, 2011

Suatu Petang

Suatu petang yang dingin...Julia, Sofea dan Syafiq membuat aktiviti riadah di luar rumah. Selalu kat luar tu pukul 6.00 petang baru boleh keluar kalau nak main badminton ke..kasut roda ke..sebab waktu sebelum tu memang panassssssssssssss terik..huhuhu...leh bertukar perang rambut kalau lama-lama main kat luar..kih kih kih.....
Waktu ni mendung berarak kelabu....dapat la mereka bermain badminton dan bola baling (bola asik landing atas bumbung je.....) dan dalam masa 1/2 jam kemudian hujan pun turun, tapi semangat bermain kuat betul maka aktiviti bermain hujan pula bermula....hehehe....
Padang besar milik kami ada kat sebelah tu...tapi depan rumah juga seronok main...bukan apa..senang kejap2 berlari masuk rumah minum air.

1..2..3.. mula....

wah...ada gaya..

lupa nak crop gambar...jauh la pulak... Dah la Sofea ni kecik comel haaa....kan dah masuk celah pokok.....kait jangan x kait...hahahaha
time hujan.....sesi bola baling lak...
basah kuyup dah anak dara dua orang ni
skill apa la tu......

Aku Janji

Tahun ni Julia akan menghadapi Peperiksaan UPSR 2011. Pelbagai program telah disediakan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Gombak (1) untuk mereka yg akan menghadapi peperiksaan tersebut. Salah satunya sesi Motivasi Bersama Waris yang telah diadakan pada 12 Februari 2011 lepas. Haa..jangan ingat anak2 je yg kena motivasi..parents pun kena tau. Ini adalah untuk memberi kesedaran bagi setengah-setengah ibubapa yg sering tidak mengambil endah tentang pembelajaran anak2 atau apa jua yg boleh membuatkan anak2 terlampau stress untuk menghadapi peperiksaan....huhuhu...jgn la aku tergolong dr kalangan orang macam tu...sian anak-anakku nanti.
Nasib baik yg bagi ceramah tu pandai buat lawak..x de la dikalangan ibubapa yg terlentuk dlm dewan. Masing2 dengan penuh semangat mendengar kata2 dan nasihat yg diberikan.
Jadual kelas tambahan untuk hari Sabtu tahun ni pun telah diedarkan..nampaknya tahun ni ibu dan ayah terpaksa berkorban untuk jalan2 la nampaknya demi pembelajaran anak2 untuk menghadapi peperiksaan penting.
Di akhir program..semua anak2 tahun 6 membaca AKU JANJI mereka serta menandatangai AKU JANJI di hadapan ibubapa. Dari tahun 3 hingga 6..Julia kekal di kelas pertama iaitu CENDEKIAWAN..dan semoga peningkatan cemerlang dlm pelajarannya akan sentiada disisinya....Amin.

Monday, February 21, 2011

Besar Bagai Johan

17 Februari 2011....Happy Birthday Syafiq....

‎"15 tahun yang lalu, dirimu hadir melengkapi hidup kami. Ku dakapmu dalam pelukan doa dan kasih sayang kerana dirimu hadiah terindah yang Allah anugerahkan kepada kami. Sehingga kini, kami sentiasa mendoakan kesejahteraanmu agar dirimu sentiasa dalam kebaikan, diberkati dan kemanfaatan"
Besar bagai johan dah anak ibu ni......Ibu dan ayah x sempat nak beli kek birthday..kita tunggu hari minggu la baru beli ye..hehehe..nak buat x kesampaian lagi..keh keh keh.
Tapi pada 17 Februari 2011 sempat juga petang tu ibu singgah ke kedai Kek King's untuk membeli beberapa potong kek untuk dessert makan malam..hehehe...aci x gitu.
Ni la dia......

Black Forest Cake

Orange Cake

Blueberry Cheese Cake belum abih snap dah kena korban kek tu...Julia x sabar2....

Romantic Coklate Cake

3 Kali Sehari!

"Kenapa la lapar sangat perut ni..pagi tadi dah makan nasi..kul 2 lebih pun dah makan nasi ..nak temankan abang makan pun rasa nak makan nasi lagi????..... 3 kali sehari makan nasi ni!."
Adoiiii...badan ni bukan la cam badan orang lain..makan nasi 2 kali sehari pun rasa cam berat anak gajah dah badan..kah..kah..kah. Sekarang ni metabolisma rendah la...takutnyeeee kalau susah nak turun.

Al-kisah nak makan nasi kali ke-3 ni gara2 kami singgah di Restoran Sekinchan Ikan Bakar di Taman Seri Gombak. Apa taknya...leleh air liur tengok ikan, udang, sotong yang fresh2. Mulanya cik abg nak singgah ke McD aje..sebab pilihan Julia. Bila sampai je...mata ni dah melilau tengok kedai2 baru dah banyak dibuka rupanya dekat Taman Seri Gombak sebab selalu lalu jalan belakang aje, itu pasal x perasan....ahaks. Happening juga kawasan tu akhirnya..sebab dulu masa sekolah menengah hari2 lalu situ hutan aje....huhuhu...harimau pun leh leh main nyorok2.

Eh cite nostalgia la pulak...berbalik pada kisah restoran tu, ia nya terletak di corner lot dan terbahagi kepada 2 tingkat. Kalau rasa2 panas sangat tu..boleh la ke tingkat 2 yg berhawa dingin..tapi kami sekadar di tingkat bawah aje..banyak kipas..x panas pun.. boleh tengok tv sambil boleh tengok orang lalu lalang kat luar tu (setiap sudut disediakan tv LCD..so x payah sesiapa duk sibuk2 nak memusingkan kepala kalau nak tengok tv...hahahaha)

Julia yang mulanya rasa nak merajuk sebab x jadi pergi McD..rasa terhibur bila leka nonton tv..nasib baik x buat perangai..jangan x tau..dah darjah 6 pun masih kuat merajuk tu..gelabah gak la ibu ngan ayah nak pujuk....alahai anakku.

Di sana kita diberi pilihan untuk memilih sendiri ikan2 atau sotong untuk dibakar. Haaa.. selepas ikan dan sotong yg kami pilih telah siap ...apa lagi...acara ngap la..hehehehe..

ni la kedainya

mula2 je merajuk .. sebab x jadi pegi McD..sampai nak snap pun x sudi...huhuhu

Sotong bakar

Ikan Bawal Bakar....manis betul isinya..

Sup sayur...x de sup rasa tercekik lak x de kuah...kui.kui..kui..