Wednesday, February 23, 2011

Aku Janji

Tahun ni Julia akan menghadapi Peperiksaan UPSR 2011. Pelbagai program telah disediakan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Gombak (1) untuk mereka yg akan menghadapi peperiksaan tersebut. Salah satunya sesi Motivasi Bersama Waris yang telah diadakan pada 12 Februari 2011 lepas. Haa..jangan ingat anak2 je yg kena motivasi..parents pun kena tau. Ini adalah untuk memberi kesedaran bagi setengah-setengah ibubapa yg sering tidak mengambil endah tentang pembelajaran anak2 atau apa jua yg boleh membuatkan anak2 terlampau stress untuk menghadapi peperiksaan....huhuhu...jgn la aku tergolong dr kalangan orang macam tu...sian anak-anakku nanti.
Nasib baik yg bagi ceramah tu pandai buat lawak..x de la dikalangan ibubapa yg terlentuk dlm dewan. Masing2 dengan penuh semangat mendengar kata2 dan nasihat yg diberikan.
Jadual kelas tambahan untuk hari Sabtu tahun ni pun telah diedarkan..nampaknya tahun ni ibu dan ayah terpaksa berkorban untuk jalan2 la nampaknya demi pembelajaran anak2 untuk menghadapi peperiksaan penting.
Di akhir program..semua anak2 tahun 6 membaca AKU JANJI mereka serta menandatangai AKU JANJI di hadapan ibubapa. Dari tahun 3 hingga 6..Julia kekal di kelas pertama iaitu CENDEKIAWAN..dan semoga peningkatan cemerlang dlm pelajarannya akan sentiada disisinya....Amin.

4 comments:

- Suraya - said...

auntie doakan julia berjaya dalam upsr nanti

- dieyana - said...

-Doa ibu bapa adalah yg terbaik utk anak-anak.
-Semoga julia cemerlang...di dunia dan di akhirat. Insya-Allah...

~ Ida ~ said...

Suraya..Amin.....tq auntie :)

~ Ida ~ said...

dieyana..anak-anak adalah anugerah terindah buat ibubapa. TQ dieyana...Amin.