Friday, October 28, 2011

I-City


Sambungan dari cerita makan di Aroma Ikan Bakar di Jeram hari tu.

Lepas kami kekenyangan 'melicinkan' semua makanan yang kami order, kami pun pulang la.....kali ni kami ikut jalan menghala ke Shah Alam.  Laluan untuk sampai ke sini kami guna LATAR Highway, memang cepat betul sampai, hanya 18 minit sahaja sudah sampai ke Kuala Selangor. Oleh kerana terlampau banyak sangat minum, terlupa pula nak singgah tandas di Aroma Ikan Bakar, terpaksa la suamiku singgah salah satu PLUS Highway, rupanya bukan saya seorang je...anak-anak En. Rafie dan Lin masing-masing berlumba-lumba nak ke toilet juga....hehehe.  Dalam masa tu juga rupanya en. suami masing-masing berpakat nak bawa kami singgah I-City, sebab dah memang sebelah PLUS Highway tu pun.

Tengok dalam kereta, masing-masing dah terbongkang tidur (Julia dan Sofea). Tapi tak apa la, sampai sana nanti kejutkan mereka.

Ini la sebahagian gambar yang dapat kami rakam......



Julia dan Sofea dah ready....tapi anak-anak En. Rafie dan Lin ni leka pula membelek anak rusa nani....hehehe

3 beranak


x menyala pula badan burung merak ni....ekor je yg menyerlah


dan lagi......



kepala zirafah tu tinggi sangat la.....



"cepat naik!! Santa Claus nak jalan dah tu....."


Friday, October 21, 2011

Kawan Belanja Lagi

Tarikh 15 Oktober 2011 ingatkan nak duk rumah sambil-sambil ngelap perabot ke, lantai ke...tiba-tiba pagi tu abang kata petang ni pukul 5.00 petang kita pergi makan ikan bakar di Jeram. Aik...reti ke nak pi Jeram tu. Abang kata kawan rapat dia En. Rafie dan sekeluarga nak bawa.
OOOOoooooo....dah memang area kampung dia pun kat sana.  Kira En. Rafie sekeluarga tourist guard kami la tu :)

Ini sahaja gambar yg dapat saya tunjukkan. Tengok gambar mungkin tidak menarik, nak bercerita panjang-panjang tak sempat, banyak benor surat-surat dan bahan-bahan di ofis ni (sempat mengeluh jap pasal kerja...huhuhu)

Kalau rajin u all search la semua makanan di Aroma Ikan Bakar di Jeram Kuala Selangor ye. Semua makanan kat situ sedap-sedap.  Memang puas kami makan.  Mulut masing-masing tak berhenti menguyah....hehehe

ok la...nanti sambung lagi ye.....


borak-borak sambil tunggu masa tempahan meja kami


asyik borak je...sudah betul nak snap gambar Julia dan Sofea ni la


Lin (isteri en. Rafie) saya dan anak bongsu Lin


ni bahagian mengadap laut


curi-curi snap gambar Julia. Mamarazzi sambil panjat-panjat batu nak ambik gambar...hehehe


 
Sofea juga yg sporting


 
alamak..gelap pulak


Friday, July 22, 2011

Cara-cara minum air

Kawan-kawan...mari belajar minum air cara Syafiq ye.........hehehe

(tengah tension buat kerja sebenarnya ni, tu yg x tau nak buat entri apa)







termenung sambil senyum pulak dia....



Wednesday, July 20, 2011

Solat Hajat

Malam tadi Sekolah Rendah Gombak (1) telah selamat mengadakan Solat Hajat untuk murid2 menduduki UPSR 2011.  Semoga mendapat keberkatan dan kerahmatan daripadaNya. Amin.

Seronok dapat solat berjemaah bersama guru-guru, murid-murid serta ibu bapa yang lain malam tadi.





Tuesday, July 19, 2011

Baik Punya 'Landing'

Mood ke laut ni.....
Godek2 gambar dekat PC terjumpa pula aksi Angel (kucing Sofea) masa Angel ni lagi seminggu nak melahirkan anak-anaknya yang comel.  Angel ni memang manja dengan Syafiq atau Syafiq kot yg selalu manjakan dia.....hehehe...ntah la.

Suatu petang sedang kami anak beranak + anak-anak sedara yang lain melepak sambil bercerita pung....pang...pung... pang di beranda rumah, Angel pun sama turut serta melepak.  Apa yg kami makan......makan jajan je masa tu.....Angel pun nak juga (ibu mengandung la katakan....mengidam kot..hehehe)

Lepas makan Angel pandai cari tempat 'landing' untuk keselesaan perutnya yang ketika itu anak sedara mengatakan mungkin ada 3 ekor anak dlm perut Angel ni.  Kebetulan ketika itu Syafiq meniarap di beranda ...dan dengan tanpa segan silu.....Angel terus mendapatkan tempat keselesaannya.  Nak tau kat mana? Lihat la.....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
\/
  





Syafiq kata "Ibu....terasa la baby dia gerak2 kat belakang syafiq ni.....eeee....geli...."

"tu maknanya baby rasa best sangat la tu bila Angel duk atas belakang syafiq.." saya kata.



ni Junior.....dia tumpang semangkuk minum susu Angel....


selesa nampakkkkkkk......

Friday, July 15, 2011

Birthday Mak

Pagi tadi pukul 6.45 call mak guna HP Julia (sebab ada topup....HP kami bertiga x leh call.....huhuhu) nak ucap birthday, x berjawab pula....dah nak pergi pejabat ni...x pe la..sampai pejabat nanti pinjam la sesiapa punya phone office untuk call mak balik....:D

Sampai office cepat2 pinjam phone office pegawai...(ala pinjam kejap je...bukan gayut lama2).  Dapat la nyanyikan lagu Happy Birthday dekat mak serta mendoakan kesejahteraan untuknya.  Macam biasa tiap kali birthday mak kami anak2 kena call awal...bukan apa....nanti phone rumah mak akan enggaged selalu kerana ramai la sedara mara nak ucap selamat...hehehe..

15 Julai 2011
SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN MAK!!






Ya Allah,

Berilah ibuku balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan ibu padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang ibu limpahkan padaku, peliharalah ibu sebagaimana ibu memeliharaku. Amin.

Wednesday, July 13, 2011

1Murid 1Sukan 1Malaysia

Sempena 1Murid 1Sukan 1Malaysia....Sekolah Julia.....Sek. Ren. Gombak (1) mengadakan Hari Merentas Desa kecil-kecilan sahaja...kerana nak buat Hari Sukan...padang telah ditempah oleh Sek. Ren. Gombak (2) terlebih dahulu...ni la susahnya kalau padang pun nak kena share...sedangkan padang tu Sek. Ren. Gombak (1) yg punya...tapi x apa la...sebab Hari Sukan sekolah Julia akan diadakan juga nanti..cuma tarikhnya sahaja belum ditentukan...sebab para atlet masih sibuk memanaskan badan dan berlatih lagi.....hehehe

Hari tersebut berlangsung serentak semua sekolah..jadinya kena la saya kejap ke sekolah Syafiq...kejap ke sekolah Julia.....nasib baik sekolah mereka seberang jalan je...boleh la hadir dua2 sekolah. Hadir untuk jadi 'Mamarazzi' la...apa lagi kan.....hehehe... Oleh kerana pagi tu saya sakit perut yang amat sangat....dapat hadir sekolah Julia setelah mereka sudah selesai berlari.....cepat sungguh mereka merentas desa keliling Kampung Changkat, Gombak....kot ada yg lalu jalan pintas ke....hehehe..(teringat masa sekolah menengah...time merentas desa selalu sangat cari jalan pintas.....x larat beb!)

Jadinya..hanya sedikit sahaja gambar yg dapat dirakam....buat syarat jeeeee.....



berkumpul menghilangkan penat lelah berlari


mana Julia ni.......

Ni pun dia.....dah jumpa x nak jadi sasaran 'Mamarazzi' pulaaaaaa.....ish..ish.
di belakang tu..... berbaju putih, tudung hitam, tinggi lampai......kawan baik julia....amirah :)

Hantu Sekolah

Huuuu..huuuu...huuuuu.......
takut tak?..takut tak?...ekekekeke.....Ini al-kisah hantu-hantu merayau kat sekolah Syafiq. Hantu ni merayau time Hari Koperasi Sek. Men. Gombak Setia pada 25 June 2011 yang lalu.  Banyak gerai-gerai dan aktiviti yang diadakan sempena Hari Koperasi tersebut. Salah seorang 'hantu' yang mengambil bahagian ialah Syafiq......hehehehe......x ada budak sekolah lain ke guru ni nak pilih....anak saya juga yg jadi 'AJK Hantu'. 

Bagi memeriahkan Rumah Hantu...Syafiq dan rakan-rakan 'hantu' yang lain sibuk menyiapkan persiapan.  Beli itu beli ini (tapi guna bajet guru la) untuk menyeramkan lagi kawasan 'hantu' yang bakal dibuka pd Hari Koperasi nanti.  Syafiq sibuk suruh saya datang pada hari tersebut...bersemangat dia untuk menunjukkan
'ke terror annya' dalam menjayakan Rumah Hantu mereka nanti.....hehehehe.

Hari Koperasi tersebut dapat menjalan dgn jayanya pada hari itu.  Ramai sambutan Rumah Hantu mereka drp Rumah Hantu blok lain yg juga ada pada hari tersebut.  Dapat kutipan dlm RM2,000.00 Syafiq kata...lumayan......dan guru mereka berjanji untuk belanja 'anak-anak hantu' makan pada 23 Julai ini. Seronok la 'AJK-AJK Hantu' nanti....hehehehhe....Selamat makan la ye anakku nanti. :D



Persiapan.......siap tido sekolah malam tu untuk jaga rumah hantu takut kena sabotaj.....hehehehe


AJK Hantu  (syafiq) siap di make up


ada peminat nak posing dgn 'hantu'......huhuhu (kawan karib syafiq tu....shahril)


lokasi berhantu......check lokasi dulu sementara tugas mengacau dan melompat-lompat bermula


AJK Hantu yang menjayakan Hari Koperasi

Tuesday, July 12, 2011

Surprise Cinonet

Ulang Tahun Kelahiran bagi tahun 2011 hanya kecil-kecilan sahaja...tu la jadinya kalau plan awal2...ada sahaja halangan.  Tapi alhamdulillah....semua family dan kawan2 x lupa mengucapkannya. Ohhh.....itupun dah rasa happy x terhingga.  Terima kasih semuanya. 

Surprise Cinonet tu bukan apa.....dapat kek comel petang tu drp cik abg sayang....tapi biasa la.....dapat anak2 yang aktif makan ni.....sekejap je habis kek tu.....sampai x sempat nak snap...hehehe. Kebetulan petang tu anak2 dah nak siap2 ke kelas tambahan....laju je la dia orang makan.  Balik dah kul 10.30 malam masing2 dah ngantuk nanti....jadi biarkan je la anak2 menikmati kek tu...ni je yg dapat snap petang tu...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
\/

Strawberry Marshmallow Cheese




(ni picture drp Mr. Google.....yg ni x sempat nak snap....huhuhu)

Strawberry Chocolate Cake


Ya Allah Ya Tuhanku semoga Kau berkatilah dan rahmatilah hidupku ini.... Amin.

Monday, July 11, 2011

Keputusan Julia

Dua minggu lepas kalut2 rasanya datang lewat ke pejabat.  Apa tidaknya, Julia terlupa untuk memberitahu saya (panggilan baru diri sendiri) tentang pengambilan 'Report Card'.  Petang hari Khamis tu, Julia dengan selambanya berkata...

Julia:   "Esok ambil Report Card ye Ibu!"
Saya:   "Ah! Esok?? nape x bagi tau ibu awal2?" 
Julia:    dengan selamba kali ke-2 "Julia terlupa......."
Saya:    "Ya Tuhan...ibu x sempat la...suruh ayah je la ambil okey!"
Julia:    "Tak nak! nak ibu juga"
Saya:     "ibu x boleh....ibu bla..bla.bla..bla......"
Julia:     tanpa menghiraukan ibunya yg membebel-bebel......"ala....nak ibu juga yg ambil"

Penat je bebel......sudahnya nak juga kita yg mengambil 'Report Card' di sekolah nanti. Pagi Jumaat...terus sms rakan di pejabat memberitahu datang lewat sedikit untuk ke sekolah anak.  Sampai di sekolah pukul 8.10 pagi, ingatkan dah awal la tu....rupa-rupanya murid Tahun 6 sedang membaca surah Yasin.  Terkedu lagi ke-2, sebab Julia x inform pun pasal bacaan Yasin tu. Alhamdulillah......bagus juga para guru buat perancangan begitu...walaupun dalam hati ni ...dup dap dup dap.... sebab risau lewat datang ke pejabat walaupun aku sudah inform pagi tadi.

Selepas bacaan Yasin, diikuti dengan doa selamat.  Ingatkan dah boleh ambil 'report card', rupanya2 ada ucapan pula dr Pengetua Sekolah Gombak (1).  Masa ni hati lagi bertambah risau...bukan apa...minggu lepas time busy yg amat sangat di pejabat tu..risau juga kalau2 boss cari.  Dalam hati berkata...cepat la Pengetua ni habis berucap,  dah x senang duduk dah rasa.

Sedang aku asik gelisah, kejap ke kiri, kejap ke kanan menanti Pengetua berucap, tiba2 terdengar nama Julia Nurfirzanah binti Kamaruzaman di sebut oleh Pengetua. Haa!!...panjang leherku  melihat ke arah Pengetua, rupa-rupanya nama Julia di sebut kerana daripada 170 orang murid Tahun 6 di sekolah itu, Julia adalah antara 3 orang rakan lain yang mendapat 5A dalam peperiksaan percubaan UPSR kali ini.  Alhamdulillah......

Memang x sangka...selama ni Julia selalu Johan dalam memegang keputusan 3A2B,  ada sekali tu tersasar sampai 1A3B1C.  Rasa gelisah datang lewat terus hilang apabila mendapat tahu yang percubaan UPSR kali ni Julia mendapat 5A. 

Semoga Peperiksaan UPSR 2011 pada 13 September nanti, Julia dapat mengekalkan keputusan kecemerlangannya......Insyaallah.

Ya Allah Ya Tuhanku, semoga anakku Julia Nurfirzanah dapat menghadapai cabaran dalam menghadapi Peperiksaan UPSR tahun ini. Amin.

Mood oh Mood

Mood oh mood....kembali laaaaaa.......
Terlalu lama tidak bersiaran di sini.  Terlalu sedih kerana tidak berkesempatan meletak entri mengikut hari ke hari.  Jangan kan hari ke hari....nak letak minggu ke minggu pun x kesampaian....ahhhh....nape jadi cam ni.  Gara-gara mood kerja yg terbawa-bawa ke rumah (bukan mood kerja rajin ye...mood kerja yg membosankan di ofis tu...hehehehe).  Tapi x apa..akan ku kuatkan azam untuk berentri kembali..walaupun hanya mengabadikan gambar-gambar sahaja tanpa cerita yg panjang lebar. :)

Friday, April 29, 2011

Birthday Abah

22 April 2011 kami menyambut birthday Abah yang ke 70.  Sambut secara sederhana je, kami 4 beradik, emak dan anak-anak kami.  Kak Ngah yang sponsor kek tau..hehe. TQ Kak Ngah, Abg Ngah......n also TQ to Secret Recipe....yummy!!...

Untuk abah tersayang......Happy Birthday Abah!...muuuahhhhh.....
Semoga diberi kesihatan yg baik dan dimurahkan rezeki, Ya Allah panjangkan umurnya dalam keimanan, sihatkan tubuh badannya dengan kecemerlangan akal serta berikan dia kesenangan yang penuh keberkatan.  Ya Allah terimalah segala kebaikannya dan Rahmatilah kehidupannya dunia dan akhirat. Amin.




Chocolate Indulgence


 
potongkan la banyak sikit Tok...

Aizat dulu Tok....

berebut-rebut korang bila Atok potongkan ye.....

sebelum kek selamat dalam perut masing2....kita posing dulu okey!

Me with Abah :)

Tuesday, April 26, 2011

Cik Betty tukang gunting

"Mau Fesyen apa?" tersengeh-sengeh Miss Betty menyapa kami bila kami melangkah masuk Salon Marry hari Sabtu lepas.
Rambut Julia lebat sangat, x larat nak maintain sendiri, so sekali sekala  kena la melangkah ke Salon untuk buat rawatan...(bukannya selalu yeeeee cik abgku.....asik jeling je bila kami ke salon...hehehe)
Syafiq pun rajin ke Salon juga, sibuk nak luruskan rambut, tapi ibu x dapat la nak ambik gambar, sebab dia dah pandai pergi sendiri.

Berbalik pada cerita Julia...rambut dia ni selalu sangat berminyak...dah suruh selalu syampu....eh tapi elok ke syampu selalu...tapi tau je la..sekali suruh baru nak buat...kadang2 berkali-kali suruh syampu pun x buat....huhuhu
So, jalan senang kena la buat rawatan rambut di Salon tu. Mungkin dah sekolah menengah nanti dia rajin kot jaga perapian rambut (sedapkan hati....hehehe)
Sambil menunggu, sempat la curi2 snap 1..2 gambar Julia, dia x sedar tu..kalau tau nak ambik gambar sure tutup muka..hehehe...malu la konon2
 
 

 "nak wat rambut cam Miley Cyrus..tapi ibu kata x sempat sebab kul 1 nak keluar gi jalan dah......hmmmm"

"eeee...kuat betul bau ubat rambut ni....tutup idung sikit langkah berjaga-jaga"


"basuh bersih2 yeeeeee....."



Gambar masa bentukkan rambut x dapat snap dah...julia x nak diambil gambarnya.......huhuhu.....takat ni je la leh snap.

Friday, April 15, 2011

Rajin Adik Rajin.....Rajin La Belajar...

Tahun ni merupakan tahun penting Julia dan Sofea......UPSR. Memang kena kerah belajar je dia orang tahun ni. Disebabkan susah sangat nak belajar sendiri, kena la hadir kelas tuisyen setiap hari bertempat di Taman Melawati kecuali hari Ahad.  Ibu pula kena la tahan nafsu berjalan sakan...huhuhu. 


Banyak kelas kena hadir, banyak la homework kena buat.....lihat la sesi2 kat bawah ni....


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
\/



 



 




Wednesday, April 13, 2011

SUPER KOREAN

Sudah berbulan-bulan Julia leka sangat tengok lagu-lagu Korea di YouTube.  Ku jengok sekali sekali memang melekakan la juga bila tengok tarian dia orang ni......yang rancak-rancak la.  Sambil buat homework pun sentiasa pasang  lagu-lagu korea dr handset dia.  Macam-macam artis Korea ada, x kuasa daku untuk menghafalnya (tak suruh hafal pun....hahahaha)


RAIN


SHINee

Haaa..bila dah minat sangat dgn lagu-lagu Korea ni, apalagi...cara pakaian pun nak terikut-ikut la tu.  Suatu hari, time jalan2 dgn cousin dia...Sofea n family di Times Square (TS), Julia dah berkenan sepasang kasut 'supra'. Ni kasut style group budak2 korea la ni.  Balik rumah, terus bisik2 kat Ayah nak kasut tu.

"x mahal ayah....RM100 lebih jeeeee" Amboi..dia lak yg bagi pendapat dekat ayah dia.  Ayah lak bersetuju n berjanji akan belikan minggu berikutnya di TS. (Amboi...bertuah anak..minta je .. dapat...memang time gaji dah masuk pun masa tu...hahahha)

Minggu yang dijanjikan pun tiba.  Ronda punya ronda..jumpa la kasut yang dah berkenan sangat tu. "huh!...RM100 lebih apanya....nak dekat RM200 dah ni" ingatkan dalam RM108 ke RM118 ke......huhuhu...pandai betul Julia bodek Ayah hari tu katanya RM100 lebih je yeeeeee, rupanya dlm RM 180 lebih.  Terpaksa la Ayahnya beli kan juga, yang bestnya....bukan Julia je..Syafiq pun dapat.  Ayah offer kat Ibu juga....eeeehhhhh x pe la..lagi bagus survey2 handbag ke karang.



Julia punya


Syafiq punya

tq Mr. Google untuk gambar2 artis Korea tu ye...........RAIN dan SHINee