Friday, July 22, 2011

Cara-cara minum air

Kawan-kawan...mari belajar minum air cara Syafiq ye.........hehehe

(tengah tension buat kerja sebenarnya ni, tu yg x tau nak buat entri apa)







termenung sambil senyum pulak dia....



Wednesday, July 20, 2011

Solat Hajat

Malam tadi Sekolah Rendah Gombak (1) telah selamat mengadakan Solat Hajat untuk murid2 menduduki UPSR 2011.  Semoga mendapat keberkatan dan kerahmatan daripadaNya. Amin.

Seronok dapat solat berjemaah bersama guru-guru, murid-murid serta ibu bapa yang lain malam tadi.





Tuesday, July 19, 2011

Baik Punya 'Landing'

Mood ke laut ni.....
Godek2 gambar dekat PC terjumpa pula aksi Angel (kucing Sofea) masa Angel ni lagi seminggu nak melahirkan anak-anaknya yang comel.  Angel ni memang manja dengan Syafiq atau Syafiq kot yg selalu manjakan dia.....hehehe...ntah la.

Suatu petang sedang kami anak beranak + anak-anak sedara yang lain melepak sambil bercerita pung....pang...pung... pang di beranda rumah, Angel pun sama turut serta melepak.  Apa yg kami makan......makan jajan je masa tu.....Angel pun nak juga (ibu mengandung la katakan....mengidam kot..hehehe)

Lepas makan Angel pandai cari tempat 'landing' untuk keselesaan perutnya yang ketika itu anak sedara mengatakan mungkin ada 3 ekor anak dlm perut Angel ni.  Kebetulan ketika itu Syafiq meniarap di beranda ...dan dengan tanpa segan silu.....Angel terus mendapatkan tempat keselesaannya.  Nak tau kat mana? Lihat la.....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
\/
  





Syafiq kata "Ibu....terasa la baby dia gerak2 kat belakang syafiq ni.....eeee....geli...."

"tu maknanya baby rasa best sangat la tu bila Angel duk atas belakang syafiq.." saya kata.



ni Junior.....dia tumpang semangkuk minum susu Angel....


selesa nampakkkkkkk......

Friday, July 15, 2011

Birthday Mak

Pagi tadi pukul 6.45 call mak guna HP Julia (sebab ada topup....HP kami bertiga x leh call.....huhuhu) nak ucap birthday, x berjawab pula....dah nak pergi pejabat ni...x pe la..sampai pejabat nanti pinjam la sesiapa punya phone office untuk call mak balik....:D

Sampai office cepat2 pinjam phone office pegawai...(ala pinjam kejap je...bukan gayut lama2).  Dapat la nyanyikan lagu Happy Birthday dekat mak serta mendoakan kesejahteraan untuknya.  Macam biasa tiap kali birthday mak kami anak2 kena call awal...bukan apa....nanti phone rumah mak akan enggaged selalu kerana ramai la sedara mara nak ucap selamat...hehehe..

15 Julai 2011
SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN MAK!!






Ya Allah,

Berilah ibuku balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan ibu padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang ibu limpahkan padaku, peliharalah ibu sebagaimana ibu memeliharaku. Amin.

Wednesday, July 13, 2011

1Murid 1Sukan 1Malaysia

Sempena 1Murid 1Sukan 1Malaysia....Sekolah Julia.....Sek. Ren. Gombak (1) mengadakan Hari Merentas Desa kecil-kecilan sahaja...kerana nak buat Hari Sukan...padang telah ditempah oleh Sek. Ren. Gombak (2) terlebih dahulu...ni la susahnya kalau padang pun nak kena share...sedangkan padang tu Sek. Ren. Gombak (1) yg punya...tapi x apa la...sebab Hari Sukan sekolah Julia akan diadakan juga nanti..cuma tarikhnya sahaja belum ditentukan...sebab para atlet masih sibuk memanaskan badan dan berlatih lagi.....hehehe

Hari tersebut berlangsung serentak semua sekolah..jadinya kena la saya kejap ke sekolah Syafiq...kejap ke sekolah Julia.....nasib baik sekolah mereka seberang jalan je...boleh la hadir dua2 sekolah. Hadir untuk jadi 'Mamarazzi' la...apa lagi kan.....hehehe... Oleh kerana pagi tu saya sakit perut yang amat sangat....dapat hadir sekolah Julia setelah mereka sudah selesai berlari.....cepat sungguh mereka merentas desa keliling Kampung Changkat, Gombak....kot ada yg lalu jalan pintas ke....hehehe..(teringat masa sekolah menengah...time merentas desa selalu sangat cari jalan pintas.....x larat beb!)

Jadinya..hanya sedikit sahaja gambar yg dapat dirakam....buat syarat jeeeee.....



berkumpul menghilangkan penat lelah berlari


mana Julia ni.......

Ni pun dia.....dah jumpa x nak jadi sasaran 'Mamarazzi' pulaaaaaa.....ish..ish.
di belakang tu..... berbaju putih, tudung hitam, tinggi lampai......kawan baik julia....amirah :)

Hantu Sekolah

Huuuu..huuuu...huuuuu.......
takut tak?..takut tak?...ekekekeke.....Ini al-kisah hantu-hantu merayau kat sekolah Syafiq. Hantu ni merayau time Hari Koperasi Sek. Men. Gombak Setia pada 25 June 2011 yang lalu.  Banyak gerai-gerai dan aktiviti yang diadakan sempena Hari Koperasi tersebut. Salah seorang 'hantu' yang mengambil bahagian ialah Syafiq......hehehehe......x ada budak sekolah lain ke guru ni nak pilih....anak saya juga yg jadi 'AJK Hantu'. 

Bagi memeriahkan Rumah Hantu...Syafiq dan rakan-rakan 'hantu' yang lain sibuk menyiapkan persiapan.  Beli itu beli ini (tapi guna bajet guru la) untuk menyeramkan lagi kawasan 'hantu' yang bakal dibuka pd Hari Koperasi nanti.  Syafiq sibuk suruh saya datang pada hari tersebut...bersemangat dia untuk menunjukkan
'ke terror annya' dalam menjayakan Rumah Hantu mereka nanti.....hehehehe.

Hari Koperasi tersebut dapat menjalan dgn jayanya pada hari itu.  Ramai sambutan Rumah Hantu mereka drp Rumah Hantu blok lain yg juga ada pada hari tersebut.  Dapat kutipan dlm RM2,000.00 Syafiq kata...lumayan......dan guru mereka berjanji untuk belanja 'anak-anak hantu' makan pada 23 Julai ini. Seronok la 'AJK-AJK Hantu' nanti....hehehehhe....Selamat makan la ye anakku nanti. :D



Persiapan.......siap tido sekolah malam tu untuk jaga rumah hantu takut kena sabotaj.....hehehehe


AJK Hantu  (syafiq) siap di make up


ada peminat nak posing dgn 'hantu'......huhuhu (kawan karib syafiq tu....shahril)


lokasi berhantu......check lokasi dulu sementara tugas mengacau dan melompat-lompat bermula


AJK Hantu yang menjayakan Hari Koperasi

Tuesday, July 12, 2011

Surprise Cinonet

Ulang Tahun Kelahiran bagi tahun 2011 hanya kecil-kecilan sahaja...tu la jadinya kalau plan awal2...ada sahaja halangan.  Tapi alhamdulillah....semua family dan kawan2 x lupa mengucapkannya. Ohhh.....itupun dah rasa happy x terhingga.  Terima kasih semuanya. 

Surprise Cinonet tu bukan apa.....dapat kek comel petang tu drp cik abg sayang....tapi biasa la.....dapat anak2 yang aktif makan ni.....sekejap je habis kek tu.....sampai x sempat nak snap...hehehe. Kebetulan petang tu anak2 dah nak siap2 ke kelas tambahan....laju je la dia orang makan.  Balik dah kul 10.30 malam masing2 dah ngantuk nanti....jadi biarkan je la anak2 menikmati kek tu...ni je yg dapat snap petang tu...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
\/

Strawberry Marshmallow Cheese




(ni picture drp Mr. Google.....yg ni x sempat nak snap....huhuhu)

Strawberry Chocolate Cake


Ya Allah Ya Tuhanku semoga Kau berkatilah dan rahmatilah hidupku ini.... Amin.

Monday, July 11, 2011

Keputusan Julia

Dua minggu lepas kalut2 rasanya datang lewat ke pejabat.  Apa tidaknya, Julia terlupa untuk memberitahu saya (panggilan baru diri sendiri) tentang pengambilan 'Report Card'.  Petang hari Khamis tu, Julia dengan selambanya berkata...

Julia:   "Esok ambil Report Card ye Ibu!"
Saya:   "Ah! Esok?? nape x bagi tau ibu awal2?" 
Julia:    dengan selamba kali ke-2 "Julia terlupa......."
Saya:    "Ya Tuhan...ibu x sempat la...suruh ayah je la ambil okey!"
Julia:    "Tak nak! nak ibu juga"
Saya:     "ibu x boleh....ibu bla..bla.bla..bla......"
Julia:     tanpa menghiraukan ibunya yg membebel-bebel......"ala....nak ibu juga yg ambil"

Penat je bebel......sudahnya nak juga kita yg mengambil 'Report Card' di sekolah nanti. Pagi Jumaat...terus sms rakan di pejabat memberitahu datang lewat sedikit untuk ke sekolah anak.  Sampai di sekolah pukul 8.10 pagi, ingatkan dah awal la tu....rupa-rupanya murid Tahun 6 sedang membaca surah Yasin.  Terkedu lagi ke-2, sebab Julia x inform pun pasal bacaan Yasin tu. Alhamdulillah......bagus juga para guru buat perancangan begitu...walaupun dalam hati ni ...dup dap dup dap.... sebab risau lewat datang ke pejabat walaupun aku sudah inform pagi tadi.

Selepas bacaan Yasin, diikuti dengan doa selamat.  Ingatkan dah boleh ambil 'report card', rupanya2 ada ucapan pula dr Pengetua Sekolah Gombak (1).  Masa ni hati lagi bertambah risau...bukan apa...minggu lepas time busy yg amat sangat di pejabat tu..risau juga kalau2 boss cari.  Dalam hati berkata...cepat la Pengetua ni habis berucap,  dah x senang duduk dah rasa.

Sedang aku asik gelisah, kejap ke kiri, kejap ke kanan menanti Pengetua berucap, tiba2 terdengar nama Julia Nurfirzanah binti Kamaruzaman di sebut oleh Pengetua. Haa!!...panjang leherku  melihat ke arah Pengetua, rupa-rupanya nama Julia di sebut kerana daripada 170 orang murid Tahun 6 di sekolah itu, Julia adalah antara 3 orang rakan lain yang mendapat 5A dalam peperiksaan percubaan UPSR kali ini.  Alhamdulillah......

Memang x sangka...selama ni Julia selalu Johan dalam memegang keputusan 3A2B,  ada sekali tu tersasar sampai 1A3B1C.  Rasa gelisah datang lewat terus hilang apabila mendapat tahu yang percubaan UPSR kali ni Julia mendapat 5A. 

Semoga Peperiksaan UPSR 2011 pada 13 September nanti, Julia dapat mengekalkan keputusan kecemerlangannya......Insyaallah.

Ya Allah Ya Tuhanku, semoga anakku Julia Nurfirzanah dapat menghadapai cabaran dalam menghadapi Peperiksaan UPSR tahun ini. Amin.

Mood oh Mood

Mood oh mood....kembali laaaaaa.......
Terlalu lama tidak bersiaran di sini.  Terlalu sedih kerana tidak berkesempatan meletak entri mengikut hari ke hari.  Jangan kan hari ke hari....nak letak minggu ke minggu pun x kesampaian....ahhhh....nape jadi cam ni.  Gara-gara mood kerja yg terbawa-bawa ke rumah (bukan mood kerja rajin ye...mood kerja yg membosankan di ofis tu...hehehehe).  Tapi x apa..akan ku kuatkan azam untuk berentri kembali..walaupun hanya mengabadikan gambar-gambar sahaja tanpa cerita yg panjang lebar. :)