Showing posts with label JULIA NURFIRZANAH. Show all posts
Showing posts with label JULIA NURFIRZANAH. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

Solat Hajat

Malam tadi Sekolah Rendah Gombak (1) telah selamat mengadakan Solat Hajat untuk murid2 menduduki UPSR 2011.  Semoga mendapat keberkatan dan kerahmatan daripadaNya. Amin.

Seronok dapat solat berjemaah bersama guru-guru, murid-murid serta ibu bapa yang lain malam tadi.





Monday, July 11, 2011

Keputusan Julia

Dua minggu lepas kalut2 rasanya datang lewat ke pejabat.  Apa tidaknya, Julia terlupa untuk memberitahu saya (panggilan baru diri sendiri) tentang pengambilan 'Report Card'.  Petang hari Khamis tu, Julia dengan selambanya berkata...

Julia:   "Esok ambil Report Card ye Ibu!"
Saya:   "Ah! Esok?? nape x bagi tau ibu awal2?" 
Julia:    dengan selamba kali ke-2 "Julia terlupa......."
Saya:    "Ya Tuhan...ibu x sempat la...suruh ayah je la ambil okey!"
Julia:    "Tak nak! nak ibu juga"
Saya:     "ibu x boleh....ibu bla..bla.bla..bla......"
Julia:     tanpa menghiraukan ibunya yg membebel-bebel......"ala....nak ibu juga yg ambil"

Penat je bebel......sudahnya nak juga kita yg mengambil 'Report Card' di sekolah nanti. Pagi Jumaat...terus sms rakan di pejabat memberitahu datang lewat sedikit untuk ke sekolah anak.  Sampai di sekolah pukul 8.10 pagi, ingatkan dah awal la tu....rupa-rupanya murid Tahun 6 sedang membaca surah Yasin.  Terkedu lagi ke-2, sebab Julia x inform pun pasal bacaan Yasin tu. Alhamdulillah......bagus juga para guru buat perancangan begitu...walaupun dalam hati ni ...dup dap dup dap.... sebab risau lewat datang ke pejabat walaupun aku sudah inform pagi tadi.

Selepas bacaan Yasin, diikuti dengan doa selamat.  Ingatkan dah boleh ambil 'report card', rupanya2 ada ucapan pula dr Pengetua Sekolah Gombak (1).  Masa ni hati lagi bertambah risau...bukan apa...minggu lepas time busy yg amat sangat di pejabat tu..risau juga kalau2 boss cari.  Dalam hati berkata...cepat la Pengetua ni habis berucap,  dah x senang duduk dah rasa.

Sedang aku asik gelisah, kejap ke kiri, kejap ke kanan menanti Pengetua berucap, tiba2 terdengar nama Julia Nurfirzanah binti Kamaruzaman di sebut oleh Pengetua. Haa!!...panjang leherku  melihat ke arah Pengetua, rupa-rupanya nama Julia di sebut kerana daripada 170 orang murid Tahun 6 di sekolah itu, Julia adalah antara 3 orang rakan lain yang mendapat 5A dalam peperiksaan percubaan UPSR kali ini.  Alhamdulillah......

Memang x sangka...selama ni Julia selalu Johan dalam memegang keputusan 3A2B,  ada sekali tu tersasar sampai 1A3B1C.  Rasa gelisah datang lewat terus hilang apabila mendapat tahu yang percubaan UPSR kali ni Julia mendapat 5A. 

Semoga Peperiksaan UPSR 2011 pada 13 September nanti, Julia dapat mengekalkan keputusan kecemerlangannya......Insyaallah.

Ya Allah Ya Tuhanku, semoga anakku Julia Nurfirzanah dapat menghadapai cabaran dalam menghadapi Peperiksaan UPSR tahun ini. Amin.

Wednesday, February 23, 2011

Suatu Petang

Suatu petang yang dingin...Julia, Sofea dan Syafiq membuat aktiviti riadah di luar rumah. Selalu kat luar tu pukul 6.00 petang baru boleh keluar kalau nak main badminton ke..kasut roda ke..sebab waktu sebelum tu memang panassssssssssssss terik..huhuhu...leh bertukar perang rambut kalau lama-lama main kat luar..kih kih kih.....
Waktu ni mendung berarak kelabu....dapat la mereka bermain badminton dan bola baling (bola asik landing atas bumbung je.....) dan dalam masa 1/2 jam kemudian hujan pun turun, tapi semangat bermain kuat betul maka aktiviti bermain hujan pula bermula....hehehe....
Padang besar milik kami ada kat sebelah tu...tapi depan rumah juga seronok main...bukan apa..senang kejap2 berlari masuk rumah minum air.

1..2..3.. mula....

wah...ada gaya..

lupa nak crop gambar...jauh la pulak... Dah la Sofea ni kecik comel haaa....kan dah masuk celah pokok.....kait jangan x kait...hahahaha
time hujan.....sesi bola baling lak...
basah kuyup dah anak dara dua orang ni
skill apa la tu......

Aku Janji

Tahun ni Julia akan menghadapi Peperiksaan UPSR 2011. Pelbagai program telah disediakan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Gombak (1) untuk mereka yg akan menghadapi peperiksaan tersebut. Salah satunya sesi Motivasi Bersama Waris yang telah diadakan pada 12 Februari 2011 lepas. Haa..jangan ingat anak2 je yg kena motivasi..parents pun kena tau. Ini adalah untuk memberi kesedaran bagi setengah-setengah ibubapa yg sering tidak mengambil endah tentang pembelajaran anak2 atau apa jua yg boleh membuatkan anak2 terlampau stress untuk menghadapi peperiksaan....huhuhu...jgn la aku tergolong dr kalangan orang macam tu...sian anak-anakku nanti.
Nasib baik yg bagi ceramah tu pandai buat lawak..x de la dikalangan ibubapa yg terlentuk dlm dewan. Masing2 dengan penuh semangat mendengar kata2 dan nasihat yg diberikan.
Jadual kelas tambahan untuk hari Sabtu tahun ni pun telah diedarkan..nampaknya tahun ni ibu dan ayah terpaksa berkorban untuk jalan2 la nampaknya demi pembelajaran anak2 untuk menghadapi peperiksaan penting.
Di akhir program..semua anak2 tahun 6 membaca AKU JANJI mereka serta menandatangai AKU JANJI di hadapan ibubapa. Dari tahun 3 hingga 6..Julia kekal di kelas pertama iaitu CENDEKIAWAN..dan semoga peningkatan cemerlang dlm pelajarannya akan sentiada disisinya....Amin.

Monday, January 24, 2011

Tanpa En. Banker!!

8 Januari 2011 yg lepas suami kami masing2 ada urusan penting yg x dapat dielakkan. Jadi kami (aku dan kakak ipar suami...kak liza) merancang untuk melawat kakak ipar suami (kak piah) yang sedang terlantar sakit di HKL. Kami menghabiskan masa di HKL lebih kurang 2 jam. Kebetulan dah keluar tu...anak2 kami yg bijak2 ni mencadangkan agar pergi berjoli-joli ke IKEA pula. Dah tau waktu tu mesti jem giler sebab tengah sale. Tapi dah permintaan anak2 tersayang....kami turutkan juga...walaupun kami keluar kali ni tanpa suami masing-masing....sub..sub..
Kurang best sikit la kali ni...sebab banker kami x ikut....so semata-mata p sana makan2 n window shopping je laaaa....

Julia x pernah jemu dgn Daim Kek ni....

amboi! garfu mak masuk dlm pinggan Sofea lak....terlebih border tu....hehehehe

Julia pula terlebih border....nak rasa kentang goreng huhuhu.....dapat dah.... Sofea kata x sedap sangat...masam...huhuhu.... dah kenyang baru boleh ronda-ronda....

Mak tengah sms ayah ni.....penyangkut baju yg ayah nak tu x ada pulak.....Julia pula tengah buat apa tu.....belajar signboard ke.....besarnya mulut Sofea gelak...

Mari pilih! Mari pilih! murah!....murah!......

glitter-graphics.com

Tuesday, December 28, 2010

Cemerlang..Gemilang..Terbilang

Cemerlang, gemilang, terbilang .....itulah sebuah ungkapan kata yang popular di Malaysia.....hehehe...iye ke..memandai je. 25 Oktober 2010 yang lalu (amboi lamanya baru nak update dlm n3 ni...) Julia telah menerima Anugerah Cemerlang bagi peperiksaan akhir tahun. Alhamdulillah Ya Alllah......syukur padaMu kerana anugerahkan anak2 yg cemerlang. Semoga ianya sentiasa berkekalan :) Tahniah x terhingga untuk anakku Julia......saaaaayang permata hati ibu, ayah n abg syafiq......muahhhhh....

Friday, October 22, 2010

Karnival Sekolah

Masa kecil2 dulu kalau waktu Karnival Sekolah..rasa x sabar nak join sama..so bila Julia bersungguh2 dan join Kanival Sekolah..kami pun luangkan masa menemani Julia untuk menikmati kemeriahan di sana walaupun panas terik..(kena pakai topi nyonya yg lebar masa tu)seronok dapat memenuhi kemahuan anak2 ni...
Sofea pun join...
Diyana (Idola Kecil 2)
Azam (Idola Kecil 2)
ada cabutan bertuah

Friday, July 9, 2010

Sayang sangat!!!!

Hari ni walaupun bz...ku selitkan jua isi hatiku di n3 ini...
Sedihnya tengok anakku menangis malam tadi gara2 suamiku tidak membenarkannya untuk menyertai Kem Baju Beruniform di Kem Kokurikulum di Tanjung Karang. Bukannya ayah melarang itu tandanya ayah dan ibu tidak sayang Julia, tapi bila dapat tahu yg Guru Sekolah tidak terlibat dan hanya mengharapkan jagaan dari fasi2 lelaki yang menyebabkan ayahmu tidak membenarkan untuk menyertai...sabar ye sayang. Resah gelisah ibu melihat dirimu menangis. Tapi mujurlah time tidur, Julia masih memerlukan aku dan suamiku untuk memeluknya hingga ke pagi. Walaupun wajahnya masih muram pagi tadi...aku dan suamiku tetap memujuk Julia. Mungkin ada hikmah disebalik itu sayang.....ayah dan ibu berjanji akan menggantikan hari itu dengan hari yg ceria buatmu. Ya Allah Ya Tuhanku...semoga Engkau eratkan lah lagi kasih sayang kami sekeluarga. Semoga aku, suamiku dan Syafiq dapat menggembirakan hati Julia yg sedang sedih .....Amin.

Tuesday, May 25, 2010

Reunion SAP Holding Berhad

Tahun 1994 adalah tahun permulaan ku melangkah ke ofis Shah Alam Properties Berhad...yg terletak di Bandar Baru Selayang (BBS).....kemudian telah ditukar nama ke SAP Holding Berhad....yg terbaru Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) yg telah berpindah ke Shah Alam. Diam x diam..8 tahun aku bekerja di sana. Macam-macam pengalaman manis selama bekerja di sana...sampai seronok datang kerja dr ambik cuti....hehehe...

Semasa bekerja di sana la anak-anakku Amir Syafiq dan Julia dibesarkan di Taska Sri Alam yg dikendalikan oleh syarikat tempat ku bekerja. Memang tiada masalah untuk ku bekerja waktu tu walaupun punyai anak-anak kecil. Anak-anak di taska itu dijaga dengan pengasuh dan guru-guru yg berpengalaman sangat bagus. SYABAS! untuk mereka (ikhlas puji tu tau).

Alhamdulillah....walaupun waktu tu banyak sangat terdengar keluhan dr. ibu2 lain tentang masalah di taska anak-anak mereka....tetapi Taska Sri Alam tidak pernah menyusahkan ku dan anak-anak.

Bulan lepas...bagi mengeratkan lagi silatulrahim anak-anak bekas Taska Sri Alam serta pertemuan staf XSAP Holdings Berhad....rakan ku telah mengelolakan Reunion bertempat di Taman Tasik Perdana. Seronok dapat berjumpa kawan2 lama. Oleh kerana dah lama x jumpa....aku sibuk berborak dan makan2 je sampai lupa nak posing....cuma sempat ambil gambar anak-anak SAP yg telah dibesarkan di Taska Sri Alam ...cuma sedikit je aku bergambar dgn kawan2 itu pun camera member dan telah di tag di Facebook....emm ok la tu.

duduk bawah kanan sekali tu bukan kategori anak ye....tu sebab baby dia kecik lagi...hehehe

julia berdiri no 2 dr kanan.

Monday, January 11, 2010

Senaman ria

Taman Permainan Tasik Titiwangsa.

Masing2 dah tinggi..naik buai kaki kena luruskan..kalau x sangkut nanti..hihihi

Ni exercise ke memain?..emm..Julia..Julia..

Thursday, January 7, 2010

Photo terkini Julia.

Selamat Tahun Baru!. Rasanya ucapan tahun baru masih segar walaupun sudah masuk hari ke-7 bulan Januari ni. Maklum ler, baru sempat untuk masuk entri kerana hari sebelumnya terlampau bz dengan banyak perkara. Tahun baru ni padaku bererti bertambahlah gelagat anak-anakku yang sedang membesar. Alhamdulillah..perangai anak-anakku buat masa ni tidak pernah menyusahkan kami suami isteri....cuma penat nak melayan karenah je la..hihihi. Sekarang ni Julia dah bertambah pandai bergaya depan camera. Memang dulu dia suka bergaya..tapi dgn gaya selamba dia je la..tapi sekarang dia lebih berhati-hati. Setiap gambar yg telah diambil akan ditelitinya dulu..kalau agak2 x memuaskan hatinya...terus di delete. Ni la hasilnya gambar2 yang Julia sendiri berpuas hati setelah berpuluh-puluh kali berposing. Kuda ni Sofea n Syafiq je yg berminat...Julia masa ni tengah merajuk ngan ayah dia..x nak naik kuda...so x ada la gambar Julia masa ni.

Thursday, December 31, 2009

Memori Semalam

Kali ni nak kongsi memori keletah Julia...Bukan apa..dulu x kisah nak berblogging ni..semuanya simpan dekat website yg x boleh kawan2 nak kongsi...so kali ni sambil2 meluangkan masa..apakata kiranya kawan2 sudi melihat-lihat telatah Julia sebelum dia mencapai umur 10 tahun dulu....hihihi.....

umur Julia 5 tahun waktu ni

Dari kecik memang aktif Julia ni

Ni la akibat masa mengandung suka mandi kolam...anak-anakku pun dah menurun...hihihi

Monday, December 28, 2009

Kawan Tidur..

Makin membesar anak perempuan ku sorang nih ..Julia..tapi makin besar makin x berani pulak bab tido sorang2..Adalah sekali sekala tido bilik sendiri yang telah aku dan suamiku berhias sederhana untuknya..Tapi banyak tido di bilik kami drp tido bilik sendiri..hmm..anak perempuan sorang la katakan.. Suatu hari aku terfikir untuk membeli Teddy Bear besar untuknya....mungkin bila dia bawa tido Bear tu akan terasa seperti selesa berbanding tido sorang2 atas katil....Alhamdulillah...strategiku menjadi...walaupun sebelum tido...aku dan suamiku bergilir-gilir menemankan Julia tido sehingga dia lena, baru kami beredar. Dah 3 bulan sebenarnya Teddy Bear tu kami beli..tengoklah gambar di bawah...sampai jadi cam tu dah Teddy Bear..terlentuk..n dah lembik sana sini..hihihi.. Pinky..nickname Teddy Bear Julia..

Friday, December 4, 2009

Aktiviti Lipat Melipat Malam tadi pening kepala nak pikir camne nak mulakan melipat kain2 yang dah seminggu menggunung...emmm....Entah macam mana...lepas makan malam, Julia terus pungut baju2 dia sahaja untuk dilipat...hihi. Alhamdulillah..sejuk perut mengandung...rajin tanpa disuruh. Semoga anakku sentiasa rela menolong aktiviti2 melipat kain ni...lipat baju2 sendiri pun jadi ler. Mula2 macam ni kan ibu! Senang je ni..

Dah pun siaaaappppp..yeeeaaaaa!!!