Friday, October 28, 2011

I-City


Sambungan dari cerita makan di Aroma Ikan Bakar di Jeram hari tu.

Lepas kami kekenyangan 'melicinkan' semua makanan yang kami order, kami pun pulang la.....kali ni kami ikut jalan menghala ke Shah Alam.  Laluan untuk sampai ke sini kami guna LATAR Highway, memang cepat betul sampai, hanya 18 minit sahaja sudah sampai ke Kuala Selangor. Oleh kerana terlampau banyak sangat minum, terlupa pula nak singgah tandas di Aroma Ikan Bakar, terpaksa la suamiku singgah salah satu PLUS Highway, rupanya bukan saya seorang je...anak-anak En. Rafie dan Lin masing-masing berlumba-lumba nak ke toilet juga....hehehe.  Dalam masa tu juga rupanya en. suami masing-masing berpakat nak bawa kami singgah I-City, sebab dah memang sebelah PLUS Highway tu pun.

Tengok dalam kereta, masing-masing dah terbongkang tidur (Julia dan Sofea). Tapi tak apa la, sampai sana nanti kejutkan mereka.

Ini la sebahagian gambar yang dapat kami rakam......



Julia dan Sofea dah ready....tapi anak-anak En. Rafie dan Lin ni leka pula membelek anak rusa nani....hehehe

3 beranak


x menyala pula badan burung merak ni....ekor je yg menyerlah


dan lagi......



kepala zirafah tu tinggi sangat la.....



"cepat naik!! Santa Claus nak jalan dah tu....."


Friday, October 21, 2011

Kawan Belanja Lagi

Tarikh 15 Oktober 2011 ingatkan nak duk rumah sambil-sambil ngelap perabot ke, lantai ke...tiba-tiba pagi tu abang kata petang ni pukul 5.00 petang kita pergi makan ikan bakar di Jeram. Aik...reti ke nak pi Jeram tu. Abang kata kawan rapat dia En. Rafie dan sekeluarga nak bawa.
OOOOoooooo....dah memang area kampung dia pun kat sana.  Kira En. Rafie sekeluarga tourist guard kami la tu :)

Ini sahaja gambar yg dapat saya tunjukkan. Tengok gambar mungkin tidak menarik, nak bercerita panjang-panjang tak sempat, banyak benor surat-surat dan bahan-bahan di ofis ni (sempat mengeluh jap pasal kerja...huhuhu)

Kalau rajin u all search la semua makanan di Aroma Ikan Bakar di Jeram Kuala Selangor ye. Semua makanan kat situ sedap-sedap.  Memang puas kami makan.  Mulut masing-masing tak berhenti menguyah....hehehe

ok la...nanti sambung lagi ye.....


borak-borak sambil tunggu masa tempahan meja kami


asyik borak je...sudah betul nak snap gambar Julia dan Sofea ni la


Lin (isteri en. Rafie) saya dan anak bongsu Lin


ni bahagian mengadap laut


curi-curi snap gambar Julia. Mamarazzi sambil panjat-panjat batu nak ambik gambar...hehehe


 
Sofea juga yg sporting


 
alamak..gelap pulak


Friday, July 22, 2011

Cara-cara minum air

Kawan-kawan...mari belajar minum air cara Syafiq ye.........hehehe

(tengah tension buat kerja sebenarnya ni, tu yg x tau nak buat entri apa)







termenung sambil senyum pulak dia....



Wednesday, July 20, 2011

Solat Hajat

Malam tadi Sekolah Rendah Gombak (1) telah selamat mengadakan Solat Hajat untuk murid2 menduduki UPSR 2011.  Semoga mendapat keberkatan dan kerahmatan daripadaNya. Amin.

Seronok dapat solat berjemaah bersama guru-guru, murid-murid serta ibu bapa yang lain malam tadi.





Tuesday, July 19, 2011

Baik Punya 'Landing'

Mood ke laut ni.....
Godek2 gambar dekat PC terjumpa pula aksi Angel (kucing Sofea) masa Angel ni lagi seminggu nak melahirkan anak-anaknya yang comel.  Angel ni memang manja dengan Syafiq atau Syafiq kot yg selalu manjakan dia.....hehehe...ntah la.

Suatu petang sedang kami anak beranak + anak-anak sedara yang lain melepak sambil bercerita pung....pang...pung... pang di beranda rumah, Angel pun sama turut serta melepak.  Apa yg kami makan......makan jajan je masa tu.....Angel pun nak juga (ibu mengandung la katakan....mengidam kot..hehehe)

Lepas makan Angel pandai cari tempat 'landing' untuk keselesaan perutnya yang ketika itu anak sedara mengatakan mungkin ada 3 ekor anak dlm perut Angel ni.  Kebetulan ketika itu Syafiq meniarap di beranda ...dan dengan tanpa segan silu.....Angel terus mendapatkan tempat keselesaannya.  Nak tau kat mana? Lihat la.....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
\/
  





Syafiq kata "Ibu....terasa la baby dia gerak2 kat belakang syafiq ni.....eeee....geli...."

"tu maknanya baby rasa best sangat la tu bila Angel duk atas belakang syafiq.." saya kata.



ni Junior.....dia tumpang semangkuk minum susu Angel....


selesa nampakkkkkkk......

Friday, July 15, 2011

Birthday Mak

Pagi tadi pukul 6.45 call mak guna HP Julia (sebab ada topup....HP kami bertiga x leh call.....huhuhu) nak ucap birthday, x berjawab pula....dah nak pergi pejabat ni...x pe la..sampai pejabat nanti pinjam la sesiapa punya phone office untuk call mak balik....:D

Sampai office cepat2 pinjam phone office pegawai...(ala pinjam kejap je...bukan gayut lama2).  Dapat la nyanyikan lagu Happy Birthday dekat mak serta mendoakan kesejahteraan untuknya.  Macam biasa tiap kali birthday mak kami anak2 kena call awal...bukan apa....nanti phone rumah mak akan enggaged selalu kerana ramai la sedara mara nak ucap selamat...hehehe..

15 Julai 2011
SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN MAK!!






Ya Allah,

Berilah ibuku balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan ibu padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang ibu limpahkan padaku, peliharalah ibu sebagaimana ibu memeliharaku. Amin.

Wednesday, July 13, 2011

1Murid 1Sukan 1Malaysia

Sempena 1Murid 1Sukan 1Malaysia....Sekolah Julia.....Sek. Ren. Gombak (1) mengadakan Hari Merentas Desa kecil-kecilan sahaja...kerana nak buat Hari Sukan...padang telah ditempah oleh Sek. Ren. Gombak (2) terlebih dahulu...ni la susahnya kalau padang pun nak kena share...sedangkan padang tu Sek. Ren. Gombak (1) yg punya...tapi x apa la...sebab Hari Sukan sekolah Julia akan diadakan juga nanti..cuma tarikhnya sahaja belum ditentukan...sebab para atlet masih sibuk memanaskan badan dan berlatih lagi.....hehehe

Hari tersebut berlangsung serentak semua sekolah..jadinya kena la saya kejap ke sekolah Syafiq...kejap ke sekolah Julia.....nasib baik sekolah mereka seberang jalan je...boleh la hadir dua2 sekolah. Hadir untuk jadi 'Mamarazzi' la...apa lagi kan.....hehehe... Oleh kerana pagi tu saya sakit perut yang amat sangat....dapat hadir sekolah Julia setelah mereka sudah selesai berlari.....cepat sungguh mereka merentas desa keliling Kampung Changkat, Gombak....kot ada yg lalu jalan pintas ke....hehehe..(teringat masa sekolah menengah...time merentas desa selalu sangat cari jalan pintas.....x larat beb!)

Jadinya..hanya sedikit sahaja gambar yg dapat dirakam....buat syarat jeeeee.....



berkumpul menghilangkan penat lelah berlari


mana Julia ni.......

Ni pun dia.....dah jumpa x nak jadi sasaran 'Mamarazzi' pulaaaaaa.....ish..ish.
di belakang tu..... berbaju putih, tudung hitam, tinggi lampai......kawan baik julia....amirah :)