Hari ni walaupun bz...ku selitkan jua isi hatiku di n3 ini...
Sedihnya tengok anakku menangis malam tadi gara2 suamiku tidak membenarkannya untuk menyertai Kem Baju Beruniform di Kem Kokurikulum di Tanjung Karang. Bukannya ayah melarang itu tandanya ayah dan ibu tidak sayang Julia, tapi bila dapat tahu yg Guru Sekolah tidak terlibat dan hanya mengharapkan jagaan dari fasi2 lelaki yang menyebabkan ayahmu tidak membenarkan untuk menyertai...sabar ye sayang. Resah gelisah ibu melihat dirimu menangis. Tapi mujurlah time tidur, Julia masih memerlukan aku dan suamiku untuk memeluknya hingga ke pagi. Walaupun wajahnya masih muram pagi tadi...aku dan suamiku tetap memujuk Julia.
Mungkin ada hikmah disebalik itu sayang.....ayah dan ibu berjanji akan menggantikan hari itu dengan hari yg ceria buatmu. Ya Allah Ya Tuhanku...semoga Engkau eratkan lah lagi kasih sayang kami sekeluarga. Semoga aku, suamiku dan Syafiq dapat menggembirakan hati Julia yg sedang sedih .....Amin.
3 comments:
sedih la n3 ni, tiba2 rindu kat anak2 kat rumah..;-) kesian julia, tp demi keselamtannya, kita lah kena main peranan, pujuk elok2 (susah gak tu nk mujuk, aduyai)
sayunya hati baca. teringat kat anak buah saya. camtu la jugak. harap julia ok n ibu ngan ayah dan abg syafiq akan ceriakn Julai nanti :)
Terima kasih Diana n Ida,
Tengah hari tadi k.ida rasa x senang hati..mengenangkan pagi tadi dia masih muram..so lunch tadi balik...tup2 abg pun balik sama..dia pun rasa resah gak la tu anak dara dia dah muram.....Julia balik naik bas tadi....kami pun sambut cam biasa dia kat pintu....lepas dia letak beg dlm bilik....terus dia datang kat kami yg tengah makan...."Julia nak makan ngan ayah ngan Ibu"
Fuhh!! dlm hati k.ida rasa lega bila muka dia ada senyum sikit....alhamdulillah...
Insyaallah ok la tu....
Post a Comment