Monday, July 11, 2011

Keputusan Julia

Dua minggu lepas kalut2 rasanya datang lewat ke pejabat.  Apa tidaknya, Julia terlupa untuk memberitahu saya (panggilan baru diri sendiri) tentang pengambilan 'Report Card'.  Petang hari Khamis tu, Julia dengan selambanya berkata...

Julia:   "Esok ambil Report Card ye Ibu!"
Saya:   "Ah! Esok?? nape x bagi tau ibu awal2?" 
Julia:    dengan selamba kali ke-2 "Julia terlupa......."
Saya:    "Ya Tuhan...ibu x sempat la...suruh ayah je la ambil okey!"
Julia:    "Tak nak! nak ibu juga"
Saya:     "ibu x boleh....ibu bla..bla.bla..bla......"
Julia:     tanpa menghiraukan ibunya yg membebel-bebel......"ala....nak ibu juga yg ambil"

Penat je bebel......sudahnya nak juga kita yg mengambil 'Report Card' di sekolah nanti. Pagi Jumaat...terus sms rakan di pejabat memberitahu datang lewat sedikit untuk ke sekolah anak.  Sampai di sekolah pukul 8.10 pagi, ingatkan dah awal la tu....rupa-rupanya murid Tahun 6 sedang membaca surah Yasin.  Terkedu lagi ke-2, sebab Julia x inform pun pasal bacaan Yasin tu. Alhamdulillah......bagus juga para guru buat perancangan begitu...walaupun dalam hati ni ...dup dap dup dap.... sebab risau lewat datang ke pejabat walaupun aku sudah inform pagi tadi.

Selepas bacaan Yasin, diikuti dengan doa selamat.  Ingatkan dah boleh ambil 'report card', rupanya2 ada ucapan pula dr Pengetua Sekolah Gombak (1).  Masa ni hati lagi bertambah risau...bukan apa...minggu lepas time busy yg amat sangat di pejabat tu..risau juga kalau2 boss cari.  Dalam hati berkata...cepat la Pengetua ni habis berucap,  dah x senang duduk dah rasa.

Sedang aku asik gelisah, kejap ke kiri, kejap ke kanan menanti Pengetua berucap, tiba2 terdengar nama Julia Nurfirzanah binti Kamaruzaman di sebut oleh Pengetua. Haa!!...panjang leherku  melihat ke arah Pengetua, rupa-rupanya nama Julia di sebut kerana daripada 170 orang murid Tahun 6 di sekolah itu, Julia adalah antara 3 orang rakan lain yang mendapat 5A dalam peperiksaan percubaan UPSR kali ini.  Alhamdulillah......

Memang x sangka...selama ni Julia selalu Johan dalam memegang keputusan 3A2B,  ada sekali tu tersasar sampai 1A3B1C.  Rasa gelisah datang lewat terus hilang apabila mendapat tahu yang percubaan UPSR kali ni Julia mendapat 5A. 

Semoga Peperiksaan UPSR 2011 pada 13 September nanti, Julia dapat mengekalkan keputusan kecemerlangannya......Insyaallah.

Ya Allah Ya Tuhanku, semoga anakku Julia Nurfirzanah dapat menghadapai cabaran dalam menghadapi Peperiksaan UPSR tahun ini. Amin.

6 comments:

- dieyana - said...

alhamdulillah, apa2 pun tahniah julia....moga terus cemerlang, insya-Allah

~ Ida ~ said...

terima kasih dieyana...Amin.

dia ikut jejak ayah dia tu sebenarnya, cuma dulu ayah dia x kesampaian kerana x ada rezeki nak melanjutkan pelajaran :)

Unknown said...

alhamdulillah tahniah julia, auntie doakan julia medapat 5A semasa UPSR nanti... tahniah juga buat ibu dan ayahnya...

~ Ida ~ said...

Terima kasih banyak Suraya kerana doakan untuk kami :D

Anak2 yang nak exam..jantung kami yg dup dap dup dap.....

IDAZS said...

alhamdulilah, semoga julia terus success dalam UPSR nanti.

Julia saja nak bagi ibu dia surprise nie. eheheheheheh

~ Ida ~ said...

Terima kasih IDA....Amin.

nasib baik surprise yg menggembirakan..:D