Sambungan dari cerita makan di Aroma Ikan Bakar di Jeram hari tu.
Lepas kami kekenyangan 'melicinkan' semua makanan yang kami order, kami pun pulang la.....kali ni kami ikut jalan menghala ke Shah Alam. Laluan untuk sampai ke sini kami guna LATAR Highway, memang cepat betul sampai, hanya 18 minit sahaja sudah sampai ke Kuala Selangor. Oleh kerana terlampau banyak sangat minum, terlupa pula nak singgah tandas di Aroma Ikan Bakar, terpaksa la suamiku singgah salah satu PLUS Highway, rupanya bukan saya seorang je...anak-anak En. Rafie dan Lin masing-masing berlumba-lumba nak ke toilet juga....hehehe. Dalam masa tu juga rupanya en. suami masing-masing berpakat nak bawa kami singgah I-City, sebab dah memang sebelah PLUS Highway tu pun.
Tengok dalam kereta, masing-masing dah terbongkang tidur (Julia dan Sofea). Tapi tak apa la, sampai sana nanti kejutkan mereka.
Ini la sebahagian gambar yang dapat kami rakam......
Julia dan Sofea dah ready....tapi anak-anak En. Rafie dan Lin ni leka pula membelek anak rusa nani....hehehe
3 beranak
x menyala pula badan burung merak ni....ekor je yg menyerlah
dan lagi......
kepala zirafah tu tinggi sangat la.....
"cepat naik!! Santa Claus nak jalan dah tu....."
2 comments:
Wah, kenyang perut, suka hati, terus ke I-City...ehheh
balik rumah boleh terus tidur je dieyana...hehehe.
Post a Comment